GAMBANG, KUANTAN | 21–23 OGOS 2024
Seramai 74 orang pelajar Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) telah menyertai Kursus Asas Aspirasi Pahang 1st Siri 2 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 21 hingga 23 Ogos 2024, bertempat di Agro Semuji Resort, Gambang, Kuantan, Pahang.
Penyertaan para pelajar UNIQSAAS dalam kursus ini merupakan satu usaha positif dalam memperkasa pembangunan sahsiah, kepimpinan, jati diri serta semangat kebersamaan dalam kalangan mahasiswa.
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UNIQSAAS turut memberikan sokongan penuh terhadap penyertaan pelajar dalam program tersebut sebagai sebahagian daripada komitmen universiti dalam menyokong penglibatan mahasiswa dalam program pembangunan diri dan kepimpinan.
Diharapkan penyertaan ini dapat memberikan pengalaman serta manfaat yang bermakna kepada para pelajar, di samping melahirkan mahasiswa yang lebih berdaya saing, berkeyakinan dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi.



