+609 553 5555        hepa@uniqsaas.edu.my

Facebook
Youtube
Staf
Pelajar

Semangat Merdeka, Cinta Rasul Mahasiswa UNIQSAAS Serlah Keterampilan Di Bentong

Sat - 29 Aug 2026

emaster

BENTONG, 29 OGOS 2026 – Seramai 10 orang mahasiswa Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) telah menyertai Program Semarak Kemerdekaan & Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M yang dianjurkan oleh Pejabat Kompleks Pusat Tahfiz Teknikal YUPP.

Program yang berlangsung selama dua hari satu malam bermula 28 hingga 29 Ogos 2026 (Jumaat hingga Sabtu) itu telah diadakan di Perkarangan Kompleks Pusat Tahfiz Teknikal YUPP, Simpang Pelangai, Bentong.

Penyertaan mahasiswa UNIQSAAS dalam program ini mencerminkan komitmen universiti dalam membentuk mahasiswa yang bukan sahaja berilmu, malah memiliki semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta penghayatan terhadap sirah dan akhlak Rasulullah SAW.

Penglibatan ini turut memberi ruang kepada mahasiswa untuk berinteraksi bersama komuniti setempat, di samping memperkasa kemahiran insaniah, kepimpinan, keterampilan diri dan semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UNIQSAAS merakamkan penghargaan kepada Pejabat Kompleks Pusat Tahfiz Teknikal YUPP atas penganjuran program serta peluang yang diberikan kepada mahasiswa UNIQSAAS untuk bersama-sama menjayakan program yang menyemarakkan semangat kemerdekaan dan menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Loading...